Friday, January 30, 2009

Cerita Rungus – Version BM

Kisah Rusa, Kambing dan Harimau

-----Suatu hari, Si Rusa berjalan-jalan di tepi ladang. Pada masa yang sama juga, Si harimau pun berjalan-jalan di tepi ladang. Si Harimau pun menguap dan selepas itu Si Rusa juga menguap. O-hai, kata Si Harimau. O-hai, kata Si Rusa. Tiba-tiba, Si Harimau mendengar Si Rusa menguap dan berasa sangat marah. Si harimau pun berkata kepada Si Rusa, "Kenapa kamu mengikut saya menguap". Dan Si Harimau pun berlari ke arah Si Rusa untuk menangkapnya.Dengan secepat mungkin, Si Rusa juga berlari untuk melarikan diri daripada Si Harimau. Selepas lama berlari, Si Rusa pun sampai di sebuah tempat di mana Si Kambing tinggal. Selepas sahaja Si Kambing melihat Si Rusa berlari-lari, Si Kambing pun bertanya kepada Si Rusa, "Kenapa kamu berlari-lari?" Si Rusa menjawab, "Saya berlari kerana Si harimau mengejar saya"



------Si Kambing pun berkata, "Jangan risau, saya akan tolong kamu. Marilah berteduh di sini." Si Rusa pun berehat seketika sebelum Si Harimau datang. Tidak lama kemudian, Si Harimau pun sampai di tempat di mana Si Rusa dan Si Kambing berehat. Apabila Si Harimau melihat Si Rusa berada di sisi Si Kambing, dia pun berkata,"Oi... Kambing, Kenapa kamu mengambil Rusa saya?" Si Kambing pun berkata, "Kenapa kamu cakap yang Rusa ini kamu punya padahal saya punya peliharaan." Si harimau berkeras dengan berkata,"Tidak, Saya punya. saya sudah lama mengejar rusa ini". Tetapi Si kambing berkata lagi, "Betul, saya punya. Saya sudah lama pelihara rusa ini. Kalau tidak percaya, kamu pun saya jadikan haiwan peliharaan saya untuk menjadi teman kepada harimau yang telah lama saya pelihara."




-----Si harimau yang kehairanan pun berkata, "Kenapa kamu dapat memelihara harimau". Si Kambing menjawab, "Kalau kamu tidak percaya, tengoklah tempat di mana saya masukkan haiwan peliharaan saya". Si Kambing pun membawa Si Harimau ke sebuah telaga yang sangat dalam. Selepas sampai ke telaga itu, Si Kambing pun berkata, "Harimau, kamu tengoklah di dalam kandang saya. Kalau kamu dapat masuk, jadi kamu adalah peliharaan saya yang kedua". Dengan tidak membuang masa lagi, Si Harimau pun melihat ke dalam telaga itu dan melihat seekor harimau di dalam telaga itu. Tapi ia hanyalah bayang-bayang Si Harimau.




------Apabila Si Harimau itu melihat ada harimau di kandang Si Kambing, Si harimau pun berkata dalam hati, "Habislah saya kali ini, jadi peliharaan Si Kambing". Tanpa membuang masa lagi, Si Harimau pun berlari sekuat hatinya dari Si Kambing sehingga dia bertemu dengan Si Kera. Dengan penuh kehairanan Si kera pun bertanya, "Oi... Harimau, Kenapa kamu berlari?" Si Harimau berkata, "Si Kambing mahu jadikan saya sebagai peliharaannya yang kedua di dalam telaga." Si Kera pun berkata, "Itu bukan harimau betul tetapi bayang-bayang kamu. Oleh kerana itu, mari kita bunuh Si Kambing."




------Mereka pun pergi ke tempat Si Kambing berada dan Si Kera mengikat dirinya di badan Si Harimau kerana malas berjalan. Apabila Si Kambing melihat Si Harimau datang lagi, dia pun mengali lubang dengan sekali gali sahaja dia dapat mengeluarkan tanah sebesar tong minyak. Melihat begitu kuat Si Kambing, Si Harimau pun terus berlari dari tempat itu. Jadi, Si Kera pun mati kerana ditarik oleh Si Harimau.




------Peladang ketika itu sedang memijak padi untuk mengasingkan padi dari hampasnya. Apa yang Si Harimau lihat adalah hanyalah hampas padi yang dibuang oleh peladang itu di bawah tanah. Apabila Si peladang melihat ada rusa di bawah pondoknya, dia pun mengambil lembingnya dan terus melemparkan ke arah rusa itu. Si Rusa akhirnya mati juga. Habislah cerita.